shout.it.out.loud

shout.it.out.loud

Sunday, October 11, 2009

DIRIKU


nama penuh ku, Siti Nur Bisyarah bt Bukhari. Aku dilahirkan di Hospital Besar Alor Star. Tepat jam 12.30 tgh hari, aku selamat dilahirkan. 19 dec 1990 adalah hari yang paling gembira buat kedua ibu bapaku kerana inilah saat yang dinantikan oleh mereka untuk melihatku buat pertama kalinya. aku adalah anak kedua daripada 4 adik bradik. aku mempunya seorang abg. aku membesar di Alor Star. Pada mulanya, rumahku di Taman Nuri, kemudian berpindah ke Jln Istana Lama, Taman Malek dan akhirnya di Kuartes Apartment Guru Mergong. aku mendapat pendidikan awal di Tadika Children Corner di Jalan Stadium. Tahun 1 sehingga Tahun 6 aku di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd. Shariff. Setelah umur ku mencecah 13 tahun, aku menyambung persekolahanku di Sek.Men.Keb. Syed Mohd. Al- Bukhary. Setahun sudah berlalu sebagai pelajar tingkatan 1, ayahku mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung halamannya di Relau,Pulau Pinang. Menangis aku dibuatnya kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang telah bersama aku dari kecil. aku bersekolah di Sek.Men.Keb.Sultan Ahmad Tajuudin dari tingkatan 2 sehinggalah tingkatan 5. ibu dan ayah aku seorang guru. Jadi tidak menjadi masalah bagiku untuk ke sekolah. aku pergi ke sekolah bersama ayahku. aku sempat ke Sekolah Teknik sekejap. tetapi tidak bertahan lama kerana aku HOMESICK. adoi. Selepas menduduki SPM, dan mendapat keputusan yang tak seberapa.. aku menerima tawaran sambung belajar ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Di sinilah kehidupanku bermula. aku mengambil kos perbankan islam. aku tidak pernah terasa untuk menjadi seorang banker. huhu. tetapi dengan memenuhi keinganan seorang ayah, aku pun mengambil keputusan untuk mendaftarkan diriku sebagai pelajar KUIS. Kini, aku sudah tahun 2 di situ. Alhamdullillah berkat doa ibu bapaku, aku masih mampu belajar walaupun subjek yang perlu aku ambil susah bagi aku. setakat ini dahulu. kalau ada lagi, aku cerita nanti. :)

9 comments:

  1. Saya amat kenai abah dan ibu kamu. Malahan nenek kamu yang telah tiada itupun saya kenai. Mak dan bapa sebelah abah kamupun saya dah kenai Maaf ye, terjumpa blog kamu dan saya usik sikit. Sebenarnya saya kawan rapat sangat abah kamu. Agak2 kamu boleh dak dapat kakak ipar orang Sarawak. HeheHe jangan mare..

    ReplyDelete
  2. OOPs, Silap, Mak dan bapa penakan sebelah abah kamu maksud saya. Sepuluh jari di pohom ampun sbb silap bicara.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. pelan2 lambat sampai. Lajulah sket. ok..

    ReplyDelete
  5. Ayah yang garang lebih baik dari ayah yang lemah dan takut pada anak -anak.La ni belajar la dulu, nanti awak akan bertemu juga apa yang dicita - citakan.

    ReplyDelete
  6. absolutely true. Muda2 cenggini. blajarlah dlu. Tambah ilmu didada

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete