shout.it.out.loud

shout.it.out.loud

Thursday, December 4, 2014

Secondtimehealing

Hey ho. 
Tired eyes.
Sleepyhead.
bleeding heart.
Sleeping with tears on.
And goodnyte world. 



Note to self : MOVE ON. 

Wednesday, December 3, 2014

Sudah cukup sudah

Hmmm. 
People change. I changed. Yes. And please do understand that. I own my future. why need to be planned? Redha is the best way ait?

Monday, December 1, 2014

Believe in Allah 😘


Practical for degree update!

First week. ;D

Meja bajet busy.

Meet my new friend! Rawaida nama dia.

Skrg aku dah sebulan practical. Yeay.

Hello december 2014

Hello stalkers too! Haha
Betapa aku rindu bulan disember.
Every single year aku tunggu bulan disember. Mesti lah ada sebab. Its my birthday month. Tapi tahun ni mungkin tak macam tahun lepas2.. But im happy sebab aku sempat jumpa bulan disember untuk tahun ni. Alhamdulillah. Harap dapat lah berjumpa lagi tahun hadapan. In shaa Allah. 😉

Note : saya rindu jugak nk tulis blog. Hihi 


Xoxo
Syara.

Tuesday, October 8, 2013

Happy-ness

Asslamualaikum semua.
Lama noo tak update.

First of all, tahniah nabil. Sbb dah konvo. Yeay! 👍🎓😉

Im happy for u.


And i know your parents should be proud too. Congrats again awok!

Masa tup tap tup tap dah nak dekat 3 tahun aku kenai nabil ni.

Perangai,helah,semua dah baca abih.

just sejak kebalakangan ni, something yg kinda hit my heart. 

But its ok. just nak share dia konvo ja pung. 

Cita lebih2 susah. Stalkers are everywhere.

Till then, bye.

Wednesday, February 13, 2013

Word

Setiap hari aku mencari kata2 yg sesuai utk diri aku. So, this is the best.



Saturday, January 19, 2013

Hati

Memang cinta tu buta.
Tapi buta lagi orang yang tak nampak cinta depan mata dia.
Cinta tak boleh beli dgn duit.
Cinta jugak tak boleh bagi duit.
Tapi dengan cinta, kita dapat kebahagiaan.
Tanpa cinta, kita takdak apa yang fun dalam hidup ni.
Tapi dengan cinta jugak kekadang boleh buat sampai nk bunuh diri.

What should i/we do?


Cinta Allah ke syurga.
Cinta hati? Simpan la sendiri.

Monday, January 14, 2013

assalamualaikum. hey guys. lama gila tak tulis. kekok a lil bit. nothing much from me. just kesihatan yang tak berapa nk ok. my life? a lot things to share. tapi masa tak mengizinkan. i need to finish my work. assignment. dan macam2 lagi. just that, aku nak kahwin tahun ni. InsyaAllah kalau jodoh itu untuk aku. ehem. back to the topic. Alhamdulillah. bersyukur sangat sebab for the first time di semester 1 (degree), aku dapat apa yang aku nak untuk setelah beberapa tahun aku menjadi student kuis. taaadaaaaa.........
zuriati and me
bukan senang nak dapat. rezeki,usaha, berdoa. sebab tu, kalau nakkan sesuatu kita kena usaha sungguh-sungguh. yeah, its hard. tapi kalau Allah tak kedekut. dia akan bagi kalau kita usaha untuk dapatkannya. untuk kawan-kawan lain yang tak tercalon, its okey. sem ni kita pulun lagi okey. doakan aku dapat lagi sem 2 ni. ehem. doakan aku sentiasa sehat. thanks membaca :)

Thursday, April 26, 2012

Yes. Aku wanita EGO.

Salam people.

Tajuk tak syok langsung kan?
Yes. Memang aku admit yang aku ni wanita jenis ego. Bukan saja ego tapi melampaui batas lelaki.
Setiap perempuan mesti ada punya lah sifat ni. Cuma level ja berbeza. Aku ni memang tahap yang semua orang akan sedar dan nampak, then tak tegur tapi cakap belakang. Oh! Thats realy make me mad. But it alright! Mungkin aku harus terima hakikat orang jenis mengata belakang ni. If kalau dia tegoq aku, mungkin aku akan melenting kot. Sebab tu cakap blakang ja. Sapa tak marah kan dok kata blakang, tapi tak pa. Allah ada. Dia maha Adil.

Daripada aku kutuk orang, baik kutuk diri sendiri, Ego jenis apa yang ada dekat aku?

1. Sayang seseorang, tapi mulut berat.
Eg : aku rindu, cinta, sayang someone tu tapi aku susah nak ungkap. Dalam sehari susah bebenor aku nak romantik ni. Dah macam jantan perangai. Hakikatnya sayang •_•

2. Kalau ditegur akan melenting.
Yeah. Itu aku. Tegur ja aku melenting tanpa mendengar apa penjelasan pun. Aku tak boleh trima orang tegur. Apa aku buat semua nak betoi ja. Jenoh nak ikut. Mak ayah aku kadang pon pening •_•

3. Bila buat salah, susah nak mintak maaf. Ni pun aku jugak. Adoi.

4. Aku suka marah2 bila aku tak puas hati dengan something. Ni ego ke panas baran? Lebih kurang la.

Sometimes, aku TAK SUKA dengan diri aku sendiri. Nak berubah sapa tak mau, tapi kalau dah baka bapak dalam badan memang tegar la. My mom sendiri cakap, aku sebijik ayah aku. Tapi ayah aku lelaki, aku perempuan.
Mama aku penah kata " adik, you should change your attitude. Or else any boys wont be friend with you".
Yes, betul cakap my mom. Dalam masalah cinta aku sebab aku ni ego.
Aku cuba nak jadi macam perempuan2 yang lembut mcm di luar sana. Tapi....
Mampukah aku? Aku hanya mampu berdoa dan berusaha. Jenis perangai aku, aku bukan jenis depan si dia aku lain, blakang aku lain plak. Aku layan dia dgn family aku fair and square. Tak lebih tak kurang. Aku ni bukan jenis romantik person. Aku banyak ungkap kata2 manis aku di kertas or Sms. Tapi sms pun susah la jugak. Nak tau aku sayang ke idok kat orang tu, dia akan sentiasa dapat artwork aku. Dalam artwork aku tu adalah manisan sikit. Haha. Sama jugak dekat family dgn kawan2 aku. Aku segan pelik. Benda lain tak segan. Tak kena gaya.
kepada bakal suami, aku rasa dia dah masak sangat perangai buruk aku ni. Dia pun tengah cuba telan. Kesian dia.
Bagi aku dia ni tabah dan sabar. Thank you so much sayang. Kalau lelaki lain mungkin dah tinggai aku rasa. But give chance to prove, im trying so hard to change. Bila gaduh rasa sakit ni. Pain makes people change ait? Apa pun i have to stay positive ;)

So guys, please pray for me supaya ego boleh dikurangkan sikit or hilang terus lagi bagus. But i know, susah.
Takpa, yakin boleh ;)

Sapa yang ada tips, bg lah comment.
Aku akan cuba untuk praktik.
Orang kata, biaq cantik luaq dalam ;)



Jap, pesanan untuk lelaki.

En. N

Uploaded from the Photobucket iPhone App

• walaupun susah nak senyum, the only one that i have •

•O&C•

Salam everybody ;)

Apa tu O&C tajuk nk paling singkat ja. Pemalas. Haha. Malas itulah aku. Haha
Actually O&C ni cartoon. Cartoon yang aku rasa sangat fun senang nak paham sebab tak bercakap. Aku lebih suka cartoon yang tak cakap, pakai body language dgn face languange. Haha.
Cartoon ni lama dah. Zaman aku dgn abg aku kecik2 lagi dah ada. ( yaka? Macam mohong ja) tapi aku rasa cartoon ni dah lama. Tapi still kalau ulang tak boring macam budak2 la ni.. suka tgk Mr. Bean. Padahai Mr. Bean tu lama dah kot. Cuba p tanya kat budak2 zaman la, kenai dak Mr. Bean? Mesti depa kenai. Femes en.bean ni.
Cartoon la ni dah macam2 sampai budak obses. Upin upin la, boboi la, macam2 tak tertulis.
Tapi cartoon aku suka ni tetap syok jugak. Sampai download, tapi tak tengok pun. Lebih suka set dekat tv lagi. Kalau kat astro cartoon ni pukui 5 samapi 6 macam tu. Kalau nak cari aku dekat depan tv. Haha. Sapa kata dah besaq tak boleh tengok cartoon? Tok wan aku pun layan cartoon lagi okey.
Hilang stress kot bila tgk cartoon ni.
Nak tau cartoon apa yg aku dok habaq ni?

Jeng, jeng, jeng ...

OGGY AND THE COCKROACHES.

Tuesday, April 24, 2012

Idam idam kan

Assalamualaikum ;)

Hari nk habaq mai kat hampa semua benda yang aku amat teridam sangat.
Kalau habaq jangan gelak plak. Huahua. Actually aku nak bnda ni.


Tadaaaa..... Kenwood mixer!


Not because its cool, but yeah. Its awsome. Aku nak sangat. Memudahkan aku untuk buat cookies, cakes, cupcakes and more.
Aku ni hobi sampingan suka mem'bakery' di dapur. Orang paling sibuk time raya akulah. Cececeh. Poyo ja statement. Tapi mmg betui pun.
Aku sibuk buat kuih muih. Mixer kat umah dah dua kali tukaq dah. Biasalah aku ni kasaq mcm jantan. So, nak lah juga rasa pakai mixer mahal sikit.
The price agak lah tak affordable sbb aku ni tak keja. Kalau keja pun tiga bulan gaji baru boleh angkat ini mixer. Mahal tapi berbaloi la sebab tahan lasak. 'heavy duty mixer' nama samaran dia. Haha.
Sekarang punya mixer bukan heavy duty, tapi free duty gamaknya. Sebab speed sampai 4 ja. Kalau kenwood mixer ni sampai 8 speed rasanya. Macam keta kancil dengan BMW la ni nak habaq mai. Haha.
Aku ada bgtau mak aku, 'mama, boleh tak adik mintak mixer ni untuk mas kawin adik?' mama aku pun kata ' aku terimanya nikah siti nur bisyarah bt bukhari dengan mas kahwinnya sebuah mesin mixer kenwood tunai' pelik tak bunyi nya? Haha. Aku rasa mcm cool ja. Mana ada org penah buat. Aku lah org pertama nak buat. Pelik tapi benar. Hahaha.

Banyak jenis mixer kenwood ni. Yang mahai lagi pun ada, ni yang aku nk ni kira abis murah. Tu pun 2k ++. Kalau lagi mahai cecah 4k ++. Kalau untuk mas kahwin aku amik paling mahal la. Hahaha. Kiranya standard aku sama harga dengan sebuah mixer? Ok lah tu. Ada brand what? Syara kenwood. Tak ka bunyi mat salleh? Haha
Harap2 bakal suami aku baca lah entry aku yang ni. Supaya dia boleh boh dalam list dia untuk aku. Tiap2 hari aku masak sedap2 kat dia pakai mixer ni. Kalau masak ayam, aku mix ayam tu sampai hancoq biaq senang dia makan. Tak payah kunyah. Telan teruih ja. Hahaha. Sorry na bakal suami. Mlawak ja. Sat g tak mau beli plak. Hahaha.

Till then, nnti aku tulis lagi ;)

Wassalam.



Saturday, April 21, 2012

B.B

Salam everybody.

Today sangat tidak berpuas hati apabila dapat tau satu cerita.

Ok lah. Walaupun dengar dari mulut org lain. Sakit sangatlah hati ni.

Bukan tulis nak ngutuk or nk ngata. Just nk remaind that... Mind your own business boleh?

Hang sapa nak kata aku EGO? adakah hang boyfriend aku? bestfriend aku? Or teman tapi mesra aku? haters aku mungkin la kot.

But please CAKAP DEPAN. jangan nk bergossip plak. Kalau berani, face to face will be better i guess.

Aku pun tau aku ni jenis mcm mna, so perlukah hang nk heboh sangat? Aku maafkan hang. If aku dengar lagi cakap2 belakang, aku tak teragak2 untuk bersemuka dgn hang.

Yang pelik tuuu.. Dia ni LELAKI. kalau pompuan aku tak kisah sbb pompuan mmg suka sibuk hal kain org.

So kepada insan LELAKI ini, jangan la jatuhkan martabat kaum sejenis hang. Bagi aku lelaki yang macam ni DAYUS and tak GENTLEMAN.
Please me matured. Takpayah la nk jaga tepi kain org. Jaga awek tu elok2. Jangan sampai aku jaga tepi kain awek hang plak. Ehem.

But aku suka jaga tepi kain aku sendiri supaya tak terkoyak. Sorry kepada yang berkenaan.

SAPA MAKAN CABAI DIA RASA CABAI TU LEBIH.

Maafkan aku sbb terpaksa melepas kan kesakitan hati aku di entry kali ni.
Supaya yang lain boleh beware.
Thank you so much for that word EGO.
aku mmg EGO. so nak suruh aku buat apa? Menangis kah? Macam ni punya orang pun ada. Adoi. Dont make me mention your name buddy.

Friday, April 6, 2012

Nak tulis jugak

Photobucket Pictures, Images and Photos

Orang kata hari jumaat tak boleh marah, kena senyum so senyum la. Walaupun penat aku karang ayat tadi.
Sempat pos dua tiga saat pastu hilang, lemah ipad ni. Jangan beli. Semua jenis apple la. (tetiba nak bebai).
Orang kata hari jumaat ni elok putung kuku, so sapa yang kuku panjang, sila potong ya.
Lagi satu orang kata hari jummat kena p sembahyang jummat (lelaki), jangan buat2 lupa hari ni hari apa nooo.
Kenapa orang Matsalleh suka jumaat? Sebab depa ingat jumaat ni girls night, so.. Jangan dok ikut na.
Kita islam, dok rumah baca Al-Quran, tambah pahal itu lebih baik. Ehem2. Mood ustazah mai dah. Mood bebai dah nak balik.
Tadi bebai sangat sebab entry hilang. Sabar itu separuh dari iman. Alhamdulillah. Berkesan. ;)
Dan kenapa kita tak suka hari isnin? Sebab kena reja. Reja tau dak? Reja tu kerja. Haha.
Tak boleh merungut hari isnin tu tak syok sbb Nabi Muhammad SAW kita lahir pada hari isnin. So, kita kena suka hari isnin ye rakan2.
Mmg la, sapa suka reja? Semua org tak suka nak reja tapi nak kaya. Susah la. Jenoh PM nak bagi gaji. Rajin2 kan lah diri kalau nak kaya. ;)
Aku mrapu apa ni sebenaqnya? Tak dak apa. Just nk kongsi ilmu pada hari jumaat ni. Walaupun aku rasa hampa semua tau dah. Saja....
Mana tau yang tak tau lagi, aku bg ilmu aku dapat pahala Alhamdulillah bekal hari akhirat ;D

Mukadimah hari jumaat ;)


Sekian, Wallahualam bissawab.

Kelemahan ipad

Entry aku tulis hilang.
Suka tutup sendiri
Hang ikut suka hati
Panas macam demam

Bagi aku sakit hati.

Nyampah.

Saturday, March 31, 2012

Selamat pulang !

Photobucket Pictures, Images and Photos

Hello everybody.
Saja nak kongsi kegembiraan bila si dia dah balik dari tanah suci.
Alhamdulillah. Selamat sampai.
Cuma dia tak berapa nak sehat. Demam batuk pucat.
Tersangat lah happy. Rambut baru. Haha
So, lpas ni journey begin balik as a student.
Good luck and happy always.

P/s : tak payah nak poyo sangat tak biasa dgn cuaca Malaysia. Cepuk baru tau.





Wednesday, March 28, 2012

Jodoh part 2

Assalamualaikum.

Ehem.ehem. Tajuk ngancam sikit malam2 ni.
Hal macam ni semua oarang tak boleh lari.
Semua orang nak jodoh yang terbaik dalam hidup ni. Yelah, kawin sekali, hidup sekali, mati pun sekali sahaja.
Mestilah nak semua yang terbaik. Para ilmuan cakap, ustaz2 cakap, jodoh kita telah di tentukan oleh Allah since kita umur 4 bulan dalam kandungan ibu lagi.
alangkah seronoknya kalau kita dapat tahu siapa lah gerangan yang Allah tetapkan tu kan? Tapi, ni lah lumrah hidup sebagai manusia, Hamba.
Kita kena selalu berdoa, dan terus meminta kepada Allah agar jodoh kita tu, dari kalangan orang2 yang beriman.
Zaman sekarang bukan macam orang dulu2. Zaman sekarang nak kena kenal dulu, bercinta dulu, baru boleh kawin. (kata kat diri sendiri)
zaman dulu, zaman tok tokwan aku dulu depa dijodohkan oleh mak ayah depa. Sebab tu lah jodoh tu kekal lama. Nikmat bercinta lepas kawin.
Zaman sekarang tak boleh dah buat mcm tu sebab banyak manusia bertopengkan syaitan. Luar baik, dalam? Semoga kita semua dilindungi dari manusia sebegini. Amin.
Bercinta, bercinta gak, tapi tahu batas2 pergaulan tu penting. Sebab bila kita berdua, hadir lah org ketiga. Syaitan laknatullah.
Tapi kalau boleh, elak lah berjumpa selalu. Aku pun tgh mencuba untuk tidak selalu berjumpa si dia. Sebab aku nak ada limit.
Tapi aku tak pernah putus asa meminta kepada Allah supaya aku mendapat calon suami yang soleh,yang beriman.
Bukan bermakna aku tak bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang, cuma kalau dia lah jodoh ku, semoga Allah membuka pintu hatinya.
InsyaAllah, dia pun dah pergi umrah. Mudah-mudahan mendapat hidayah di sana. Amin.

Ni doa yang aku nak kongsi dengan hampa ;






Wallahualam bissawab.

Tuesday, March 27, 2012

Tarikh 27.

Assalamualaikum.

27. March. 2012

Okey, setiap 27 HB, aku excited lebih sebab kalau ikutkan tarikh ni 27 ni, aku dilamar. Ececececeh.

So, ada la sikit cendrahati aku nak bagi dekat si dia. Cendrahati? Tah.
Homemade la katakan. Aku ni tak la kreatif sangat. Saja bosan2. Tidak, beli ja;) dari hati yang ikhlas, maka jadi lah sebuah kad 3D. Haha.

Doakan jodoh kami berkekalan. Semoga cepat di satukan. Amin.

Jodoh part 1

Salam;)

Jeng jeng jeng.
Tajuk gatai untuk hari ni.

Mukadimah dulu. Cuci mata dulu.
Dah cuci mata baru part 2 menyusul.
InsyaAllah ;)