shout.it.out.loud

shout.it.out.loud

Wednesday, March 28, 2012

Jodoh part 2

Assalamualaikum.

Ehem.ehem. Tajuk ngancam sikit malam2 ni.
Hal macam ni semua oarang tak boleh lari.
Semua orang nak jodoh yang terbaik dalam hidup ni. Yelah, kawin sekali, hidup sekali, mati pun sekali sahaja.
Mestilah nak semua yang terbaik. Para ilmuan cakap, ustaz2 cakap, jodoh kita telah di tentukan oleh Allah since kita umur 4 bulan dalam kandungan ibu lagi.
alangkah seronoknya kalau kita dapat tahu siapa lah gerangan yang Allah tetapkan tu kan? Tapi, ni lah lumrah hidup sebagai manusia, Hamba.
Kita kena selalu berdoa, dan terus meminta kepada Allah agar jodoh kita tu, dari kalangan orang2 yang beriman.
Zaman sekarang bukan macam orang dulu2. Zaman sekarang nak kena kenal dulu, bercinta dulu, baru boleh kawin. (kata kat diri sendiri)
zaman dulu, zaman tok tokwan aku dulu depa dijodohkan oleh mak ayah depa. Sebab tu lah jodoh tu kekal lama. Nikmat bercinta lepas kawin.
Zaman sekarang tak boleh dah buat mcm tu sebab banyak manusia bertopengkan syaitan. Luar baik, dalam? Semoga kita semua dilindungi dari manusia sebegini. Amin.
Bercinta, bercinta gak, tapi tahu batas2 pergaulan tu penting. Sebab bila kita berdua, hadir lah org ketiga. Syaitan laknatullah.
Tapi kalau boleh, elak lah berjumpa selalu. Aku pun tgh mencuba untuk tidak selalu berjumpa si dia. Sebab aku nak ada limit.
Tapi aku tak pernah putus asa meminta kepada Allah supaya aku mendapat calon suami yang soleh,yang beriman.
Bukan bermakna aku tak bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang, cuma kalau dia lah jodoh ku, semoga Allah membuka pintu hatinya.
InsyaAllah, dia pun dah pergi umrah. Mudah-mudahan mendapat hidayah di sana. Amin.

Ni doa yang aku nak kongsi dengan hampa ;






Wallahualam bissawab.

No comments:

Post a Comment