shout.it.out.loud

shout.it.out.loud

Saturday, March 10, 2012

Trip langkawi

Assalamualaikum 10 orang followers aku yang awsome,
Betul ka sepuluh? Rasanya last check 10. Kalau lebih alhamdulillah, kalau kurang, goodbye, ;)
Nak habaq mai kat hampa semua aku p langkawi hari tuu.
Kesian kat aku. 22 tahun hidup, tahun ni baru first time p langkawi.
Buat malu orang kedah ja. Eheh.
Normal la tuu, mlawat tempat orang dulu baru melawat tempat sendiri. Kan? Cover jgn tak cover.
seronok sbb p dgn kawan2. Family aku skolah, so tak boleh nak ajak.
Kami p 4 orang. Selama 4 hari 3 malam.



Trip first day :

Mandi laut, selam timbul balik, selam timbul balik. Eheh.
Jejalan naik kereta sewa, makan tepi laut tgk sunset.
Tak byk aktiviti sangat sbb sampai pun dah petang.

Second day :

Tak sabaq sangat2 naik kereta kabel. Tak ingat sejauh berapa km.
Tapi mmg fun abis, penat toksah habaq la.
Nasib baik tak peak time. So tak payah la line up panjang.
Lpas p kereta kebel, kami melawat kapal yang kedua termahal di asia kalau tak silap.
Nak tau harga dia brapa? Rm 42 juta. Kapal ni bawak VVIP sahaja, orang luaq kalau nak sewa boleh. 4 jam rm 28 ribu ja,
Gila lah. Memang gempak gila. Dalam macam hotel 5 bintang, nama kapal tu sakinah, owner dia orang arab.
Owner saja parking kat langkawi sbb dia ada buisness di Malaysia. Sat g tgk gambaq aku boh. ;)
Tgh malam plak lepak tepi pantai main bola.
Dengan aku sekali main. Dah macam david beckham rasa malam tuu. Eheh.

Third day :

Pagi2 buta lagi dah terjun laut. Pukui 8 rasanya masa tu.
Kali ni main bola plak dah dalam ayaq.
Dah settle mandi semua kami balik bilik siap nak p telaga tujuh.
Sangatlah awsome sebab kena naik tangga sebanyak 600 anak tangga ke atas,
Pastu turun balik 600 anak tangga ke bawah. Amacam? PENAT GILA.
Rupanya kat atas tu ada org boleh mandi. Kalau tau, aku pun nk berendam jugak.
Dah penat2 turun tangga singgah minum ayaq nyok. Tau dak ayaq nyok?
Air kelapa bak kata org tak paham. Ahah.
Destinasi seterusnya, kami p mangrove tour. Naik bot pusing merata.
Seronok bak hang! P gua kelawaq, p gua buaya, tapi tak dak buaya la. Kalau ada aku pun tak mau p.
P jelajah laut, rupanya dekat laut pun ada roadblock.
Kalau laut roadblock gak ka? Ka.. Seablock? Oceanblock? Haha
Bagi makan ikan pari, pegang ikan nemo, tapi paling frust tak sempat tgk sunset. Hurmm, takpa. Lain kali.
Pastu tangkap gambaq plak dah..Tak tau letih sungguh. Memang pon.

Last day :

Shopping time! Aku bab2 ni memang legend la. Aku yg paling excited, eheh
Beli coklat sampai berplastik2. Bukan apa, family pesan ;) alasan. Ahah.
Sempat jugak la sambaq set cawan dua kotak. Takpa, tukang bawak ada ;)
Tak padan nak balik dah, depa nk p taman burung plak dah..
So, p la bird park. Bagi makan burung, bagi ostrich makan, arnab, macam2 la. Banyak sgt spesis.
Pastu bot kami pukui 6 ptg. Balik dgn hati yang tak berapa seronok sbb hujan lebat.
Naik bot macam naik beca. Dah la slow terhinjut2. Pening pala.

So, ni lah hasil tangkapan gambaq yang ada.
Ingat ikan ja ka pakai tangkapan. Gambaq pun boleh aih ;)






No comments:

Post a Comment